Tun M keluar dari IJN

0
1

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang sebelum ini menjalani rawatan dan pemeriksaan di Institut Jantung Negara (IJN) dibenarkan keluar dari pusat rawatan itu, hari ini.

IJN menerusi kenyataan hari ini memaklumkan, Ahli Parlimen Langkawi itu dibenarkan keluar pada jam 11.30 pagi tadi.

“Dr Mahathir telah selesai menjalani pemeriksaan kesihatan dan dibenarkan pulang mengikut jadual,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, IJN memaklumkan, Dr Mahathir dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesejahteraan beliau sepanjang dimasukkan ke IJN.

Minggu lalu, Dr Mahathir dimasukkan ke IJN bagi menjalani pemeriksaan kesihatan dan pemerhatian susulan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here