BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berpendapat pengurusan krisis atau bencana sememangnya tidak mudah, namun ia boleh dan perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
Ahli Parlimen Pekan itu berkata, apa yang paling penting adalah semua pihak perlu mengenepikan ego masing-masing.
“Tidak ada ruang untuk menuding jari atau bertengkar bidang kuasa siapa, siapa patut buat itu, ini kerja saya bukan dia kenapa masuk campur.
“Prosedur kerajaan banyak, tetapi di masa krisis, apa yang lebih penting?
“Dari Persekutuan, ke negeri, ke daerah dan kampung.
Kita ada pelbagai agensi dan jawatankuasa,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.
Menurutnya, setiap agensi yang diwujudkan mempunyai peranan masing-masing dan bukan sahaja-sahaja.
“Ada isu, selesaikanlah. Ada krisis, tangani segeralah. Ada keperluan, buat lah. Koordinasi penting. Misi perlu jelas. Tindakan perlu segera.
“Tak payahlah karipap ke, teh kopi ke. Meeting cepat pendek dan ringkas. Buat perancangan. Kemudian keluar laksanakan.
Bantulah rakyat sebaik-baiknya,” katanya. – Malaysiapost

