Intan Ladyana, suami positif Covid-19

0
1

PELAKON Intan Ladyana dan suaminya, Harris Alif dikhabarkan telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh malam tadi selepas pasangan itu disahkankan positif Covid-19.

Menguatkan lagi dakwaan berkenaan, Intan, 39, telah berkongsi sebuah video pendek di laman Insta-Story dipercayai berada di dalam sebuah ambulans.

Bagaimanapun, pelakon itu tidak menjelaskan secara terperinci mengenai video tersebut.

Sementara itu, pelakon Didie Alias menerusi Instagramnya berkongsi sebuah hantaran video yang dikongsi dari Intan sebelum ini.

Di ruangan kapsyen, Didie turut menyatakan Intan kini sedang hamil anak pertama dan meminta orang ramai dapat mendoakan rakannya itu.

“Pelakon @intanladyana terpaksa dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh setelah disahkan positif Covid-19 dan beliau kini dikhabarkan hamil anak pertama dan suaminya juga @harrisalif disahkan positif Covid-19.

“Sama-sama kita doakan kesihatan Intan dan suami pulih seperti biasa” kongsi Didie

Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti seperti Maria Tunku Sabri, Sharifah Shahirah, Adeline Tsen dan Amylea Azizan berasa terkejut dengan berita tersebut dan mendoakan yang terbaik buat Intan dan Harris.

Intan menamatkan zaman solonya dengan Harris, 21, pada 5 Februari lalu di Pejabat Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here