DATIN Seri Rosmah Mansor menafikan suara dalam audio yang didedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) pada 8 Januari 2019 bukan miliknya.
Malah, beliau menyifatkan dakwaan perbualan bocor antara beliau dan suaminya, Datuk Seri Najib Razak itu sebagai mengarut.
Rosmah berkata demikian dalam pemeriksaaan balas Timbalan Pendakwa Raya, Tan Sri Gopal Sri Ram dalam perbicaraan kes rasuah melibatkan projek tenaga solar hibrid untuk sekolah-sekolah di pedalaman Sarawak, lapor MalaysiaKini
Sri Ram: Saya katakan itu suara anda.
Rosmah: Saya tidak setuju.
Perbualan beberapa audio berbentuk rakaman telefon itu didedahkan kepada pengetahuan awam ketika SPRM diterajui Ketua Pesuruhjaya, Latheefa Koya.
Ia dipercayai berkaitan beberapa rakaman perbualan telefon melibatkan Najib dalam kes 1MDB.
Antaranya didakwa turut melibatkan bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad dan perbualan Najib dengan pegawai kanan daripada Emeriah Arab Bersatu (UAE).
Perbualan bocor didakwa melibatkan Rosmah itu terkenal dengan saranannya kepada Najib yang antaranya menyebut “Can I advise you something?” (boleh saya nasihatkan sesuatu pada anda?).
Sebelum ini, SPRM mendedahkan sembilan set rakaman perbualan yang didakwa konspirasi jenayah peringkat tertinggi, dan hasil siasatan agensi itu mendapati ia adalah tulen setakat ini. – Malaysiapost

