Rina perjelas isu berkasut tumit tinggi di PPS

0
1

MENTERI Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun menjawab mengenai isu berkasut tumit tinggi ketika meninjau keadaan mangsa banjir di sebuah Pusat Pemindahan Semtera (PPS) seperti yang tular baru-baru ini.

Menurutnya, beliau ke PPS itu selepas menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan hanya sempat menukar pakaian serta terlupa mengenai kasut tumit tinggi dipakai.

“Saya ingin memaklumkan pada hari tersebut, 19 Disember 2021, saya menghadiri Perhimpunan Agung Bersatu dan sebagai Ketua Srikandi Bersatu, saya perlu berada di perhimpunan tersebut.

“Ketika mesyuarat, saya turut menerima banyak laporan tentang bencana banjir dan hati saya tidak berasa tenang dan saya risau tentang mangsa banjir. Saya membuat keputusan selepas mesyuarat, saya akan melawat sekurang-kurangnya satu PPS.

“Saya hanya berkesempatan untuk menyalin baju saya sahaja, saya tukar baju saya. Saya sudah tak teringat pada kasut saya, kerana apa yang lagi penting pada saya adalah keberadaan saya di pusat tersebut untuk membantu dan menjaga kebajikan mangsa-mangsa banjir,” katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Usahawan Wanita Bangkit Bersama 2021 Misi Rise Together  di Quill Mall, Kuala Lumpur, hari ini.

Terdahulu tular di media sosial sejak beberapa hari lalu mengenai penampilan Rina yang berkasut tumit tinggi ke sebuah PPS hingga menerima kecaman warganet kerana dilihat tidak peka terhadap persekitaran semasa.

Menurut Rina, sudah menjadi kelaziman menteri sepertinya akan dikecam dalam pelbagai aspek.

“Saya juga mahu membatalkan majlis hari ini, tetapi penganjur berkata, kehadiran saya pada majlis ini juga diperlukan. Jadi, saya mengambil kesempatan ini untuk menjelaskan isu saya pakai kasut tinggi melawat ke pusat pemindahan yang sudah tular dalam media sosial,” katanya.

Beliau berharap rakyat Malaysia tidak melihat sesuatu situasi di satu sudut pandang atau pada sekeping gambar sahaja sebaliknya melihat secara menyeluruh.

“Saya ingin minta maaf kerana jika kasut tinggi saya, kasut itu lagi penting dari kehadiran saya di pusat banjir tersebut. Jadi, saya berharap kita sebagai rakyat Malaysia, dalam suasana kita berada pada masa kini agar kita turut membantu satu sama lain.

“Kita mudah mengata di platform media sosial, kita mudah menulis macam-macam perkara, tapi apakah sumbangan kita kepada mangsa-mangsa banjir. Jangan kita ingat kita berada di kawasan ini, orang ramai yang susah kita lupakan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here