Kaji semula projek ‘Canal City’ elak banjir di Selangor – Najib

0
2

PROJEK tebatan banjir berskala besar yang dinamakan ‘Canal City’ yang pernah dimulakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) Selangor pada 2007, perlu dikaji semula.

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, berkata projek itu sudah diberikan peruntukan RM3 bilion dan dimulakan pada 2008.

“Lokasi projek tersebut adalah ke selatan Majlis Perbandaran Shah Alam iaitu sekitar Taman Seri Muda dan Kota Kemuning.

“Ia melibatkan pembinaan terusan air utama sepanjang 18 kilometer (km) merentasi daerah Klang hingga ke daerah Hulu Langat yang akan menghubungkan Sungai Klang dengan Sungai Langat dengan matlamat mengalihkan 30 peratus air dari Sungai Klang ke Sungai Langat pada waktu puncak.

“Beberapa terusan sekundar juga akan dibina. Selain itu juga akan membina beberapa takungan air yang amat besar (seperti HORUS) untuk menyimpan air yang akan menjadi sumber air penduduk Selangor,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Menurutnya, projek telah mula dibina sehingga 2009 itu bagaimanapun tergendala apabila kerajaan Pakatan ambil alih Selangor selepas Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12).

“Lalu projek tebatan air ini dibatalkan terus oleh kerajaan Pakatan Selangor dengan alasan ianya tidak memberi manfaat besar bagi Selangor.

“Akhirnya, tanah yang dikhususkan bagi projek ini dijual oleh kerajaan Selangor dengan harga murah kepada developer dua minggu sebelum PRU-13,” katanya.

Beliau berpendapat, jika terusan air itu dapat mengurangkan risiko banjir disamping dapat menambah rizab air mentah Selangor, maka terdapat keperluan untuk mengkaji semula perlaksanaan projek berkenaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here