Tanah runtuh Bukit Tangga dibaik pulih segera – PM

0
1

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan kerja-kerja membaik pulih kawasan tanah runtuh di Bukit Tangga, Jelebu, Negeri Sembilan akan diselesaikan dengan segera.

Menurutnya, ia bagi membolehkan laluan yang terjejas antara Seremban – Jelebu itu tidak terhalang sekali gus mengganggu aktiviti harian rakyat.

“Kita mahu kerja-kerja pembaikan tanah runtuh di Bukit Tangga dilakukan dengan cepat bagi membolehkan akses jalan dapat dilalui antara Seremban – Jelebu.

“Jalan utama ini digunakan oleh ramai rakyat untuk ke bandar utama. Kita tidak mahu aktiviti harian rakyat tersekat,” katanya dalam satu hantaran Facebook, hari ini.

Terdahulu beliau membuat tinjauan di kawasan tanah runtuh terbabit dan memaklumkan kerja-kerja pembaikan sedang dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Media pada Ahad lalu melaporkan JKR Daerah Seremban menutup Laluan FT 086 Jalan Seremban – Simpang Pertang yang menghubungkan antara Jalan Pantai dan Jeram Toi kepada pengguna jalan raya berikutan tanah runtuh di kawasan itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here