JABATAN Kerja Raya (JKR) berkongsi beberapa laluan yang masih boleh dilalui pengguna jalan raya untuk ke tiga negeri Pantai Timur.
Laluan yang dikongsi di laman Facebook JKR Malaysia itu membabitkan pengguna dari Kuala Lumpur yang mahu ke Kelantan, Terengganu dan Pahang.
“Bagi mereka yang ingin ke Kelantan, ada dua laluan yang boleh dilalui iaitu dari Kuala Lumpur – Mempaga – Raub – Sungai Koyan – Padang Tengku – Gua Musang – Kuala Krai – Machang – Kota Bharu.
“Laluan kedua, dari Kuala Lumpur – Ipoh – Gerik – Jeli – Tanah Merah – Kota Bharu.

“Bagi pengguna yang ingin ke Terengganu pula mereka boleh mengikut laluan Kuala Lumpur – Seremban – Kuala Pilah – Bahau – Bandar Sri Jempol – Bandar Tun Razak – Muadzam Shah – Gambang – Kuala Terengganu.
“Untuk ke Pahang pula, dari Kuala Lumpur – Seremban – Bahau – Kuala Pilah – Bandar Sri Jempol – Bandar Tun Razak – Muadzam Shah – Gambang – keluar Gambang – Kuantan,” katanya . – Malaysiapost

