WARGA emas ditemui masih hidup selepas dilaporkan terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Sungai Penchala, Kuala Lumpur, awal pagi tadi.
Mangsa yang berusia 70-an tertimbus sehingga paras pinggang seperti dilaporkan Malaysiagazette.
Warga emas itu berjaya dikeluarkan dan mengalami kecederaan di bahagian kaki sebelum dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaysia untuk rawatan lanjut.
Terdahulu, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur melaporkan pihaknya menerima panggilan kecemasan dari MERS999 pada jam 1.22 pagi.
Menurut Komander Operasi Kanan, Khairul Azuwan Ibrahim, setibanya jentera di lokasi kejadian didapati berlaku kejadian tanah runtuh menghempap empat buah rumah kediaman. – Malaysiapost

