32,044 mangsa banjir di Selangor

0
2

SERAMAI 32,044 mangsa banjir telah ditempatkan di 162 Pusat Penempatan Sementara (PPS) di seluruh sembilan daerah dalam Selangor, setakat jam 10 pagi tadi.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, berkata daerah Klang mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 18,858 individu yang dipindahkan.

“Kemaskini (10:35 pagi) : Kawasan Kuala Selangor menunjukkan pola peningkatan air setakat ini lapan PPS dibuka. Pejabat Tanah Kuala Selangor bersama semua agensi memantau dan melaksana proses evakuasi dan perpindahan.

“Kawasan Kg Baru Hicom Shah Alam turut diberi penumpuan dengan dokongan pasukan Briged ke 10 Tentera Darat dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

“Menjunjung kasih atas ikhtiar Duli Yang Teramat Mulia membawa pasukan sokongan Angkatan Tentera Darat,” katanya dalam beberapa ciapan di laman Twitter rasminya, hari ini.

Selangor dilaporkan dilanda bencana banjir terburuk sejak kelmarin susulan hujan lebat berterusan selama beberapa hari.

Selain Selangor negeri yang turut terjejas adalah Pahang, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Melaka, Kuala Lumpur dan Perak. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here