Putih mata wang simpanan RM40,000 hangus terbakar

0
1
grafik

SEORANG wanita berputih mata apabila wang tunai RM40,000 yang dikumpulnya sejak sekian lama, hangus dijilat api dalam sekelip mata. 

Thailai Mary, 37 mengakui kesal kerana sikapnya yang gemar menyimpan wang tunai di rumah itu telah membawa padah kepada dirinya. 

Dia adalah antara mangsa kebakaran membabitkan lapan unit kediaman tingkat empat blok 31 Flat Sri Johor, Jalan Jelawat 2, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur yang musnah dalam kebakaran malam tadi

Dia yang sudah tinggal selama 17 tahun di Tingkat 4 Unit 3 di flat itu menjelaskan, turut musnah barang kemas, selain barang berharga lain.

“Kini hanya tinggal sehelai sepinggang, yang lain musnah,” katanya sebak, lapor Harian Metro. 

Mengulas mengenainya, Thailai berkata, dia mengetahui kejadian itu selepas dihubungi kakaknya kira-kira 9 malam.

“Ketika sedang bekerja di hospital, saya ada terdengar siren bomba tetapi tak syak apa-apa sebelum kakak hubungi beritahu rumah terbakar.

“Sebaik kakak beritahu kebakaran di rumah kami, saya segera pulang dan tiba kira-kira 10 malam.

“Apabila saya sampai semua sudah musnah. Namun, keluarga kami seramai tujuh orang terselamat dalam kejadian ini,” katanya yang bekerja di hospital swasta. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here