4 maut, 2 hilang susulan 5 kereta dihanyut arus deras

0
1

EMPAT maut, manakala dua dilaporkan hilang dan 10 lagi selamat selepas lima kereta dihanyutkan arus deras dalam kejadian di Jambatan Telemong, Bentong, Pahang Sabtu lalu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani, berkata operasi mencari dan menyelamat dijalankan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Karak dalam kejadian itu.

“Sebanyak lima kenderaan dilaporkan terperangkap di jambatan berkenaan sebelum dihanyutkan arus sungai yang melimpah,” katanya.

Beliau berkata, Pegawai Penyelia BBP Karak, Che Zainurin Mansor, memaklumkan sebelum kejadian, pasukannya keluar untuk menjalankan kerja pemindahan mangsa banjir yang terperangkap di resort di kawasan Telemong.

Katanya, ketika hampir ke kawasan jambatan, jentera dan anggota terperangkap disebabkan air naik mendadak pada jam 6.40 petang.

“Pasukan terus berada di situ sehingga Ahad dan pada jam 2 petang, pasukan yang masih lagi berada di kawasan berkenaan mendapat berita bahawa lima kenderaan yang terperangkap dihanyutkan arus sungai yang melimpah di Jambatan Telemong,” katanya.

Ismail berkata, pasukan terus melakukan kerja menyelamat dengan dibantu pekerja kilang berhampiran.

Beliau memaklumkan, 10 mangsa berjaya diselamatkan dan seorang wanita warga emas meninggal dunia.

“Justeru, pada hari ini kerja mencari dan menyelamat diteruskan di tempat kejadian dengan kaedah menyusur mengikut arus sungai.

“Pada jam 1.17 tengah hari mangsa pertama iaitu wanita ditemukan pasukan penyelamat pada jarak satu kilometer dari lokasi kejadian.

“Mangsa kedua iaitu seorang wanita warga emas ditemukan pada jam 1.38 tengah hari dengan pada 1.1 kilometer dari lokasi kejadian dan mangsa ketiga iaitu seorang lelaki ditemukan pada jam 2.07 petang pada jarak 1.2 kilometer dari lokasi kejadian,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, gerakan mencari mangsa yang hilang masih lagi diteruskan membabitkan 32 anggota bomba.

Katanya, 10 mangsa yang terselamat terdiri daripada enam lelaki dan empat wanita. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here