230 mangsa banjir Kampung Bangi Lama terima bantuan makanan , kit kebersihan

0
1

Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) hari ini menyerahkan bantuan kit makanan dan peralatan kebersihan bernilai RM100 setiap satu kepada 230 mangsa banjir di Kampung Bangi Lama di Kajang, Selangor.

Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata sumbangan segera itu disalurkan untuk meringankan beban mangsa dan pada masa melindungi mereka daripada ancaman wabak ketika dalam situasi darurat banjir.

Datuk Seri Mahdzir Khalid menyerahkan bantuan kit makanan dan peralatan kebersihan bernilai RM100 setiap satu kepada 230 mangsa banjir di Kampung Bangi Lama di Kajang, Selangor.

“Bantuan selanjutnya akan kita diberi mengikut keperluan selepas penilaian menyeluruh dilaksanakan pasca banjir ini nanti,” katanya selepas keadaan banjir di Kampung Bangi Lama.

Turut hadir, Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun dan Pengarah KPLB Selangor dan Wilayah Persekutuan, Abdul Malik Othman.

KPLB juga akan membaik pulih kerosakan kemudahan insfrastruktur seperti jalan kampung dan juga ameniti sosial yang terjejas pasca banjir nanti.

Terdahulu beliau diberi taklimat oleh Ketua Kampung Bangi, Rasidin Md Yusoff berkenaan situasi semasa dan keadaan penduduk kampung yang terjejas akibat banjir berkenaan.

Mahdzir berkata, KPLB juga akan mengerakkan sukarelawan di bawah agensinya untuk ke lokasi terjejas di seluruh negara.

“KPLB juga akan membaik pulih kerosakan kemudahan insfrastruktur seperti jalan kampung dan juga ameniti sosial yang terjejas pasca banjir nanti.

“Banyak kerosakan yang akan dibaiki oleh Kementerian di kawasan seperti di Kampung Bangi Lama ini seperti jalan kampung dan longkang-longkang kecil melalui Projek Ameniti Sosial,” katanya.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here