BIMBANG tidak dapat tiba tepat pada masanya, penyanyi rock legenda tanah air, Datuk Nash terpaksa meminta bantuan rakannya untuk menghantarnya ke destinasi yang dituju menggunakan motosikal.
Menerusi satu ‘live’ di Facebook miliknya, Nash atau nama sebenarnya, Nashrudin Elias berkata, banjir luar biasa melanda Lembah Klang hari ini menyebabkan jalan raya mengalami kesesakan yang teruk.
Dalam siaran langsung yang diadakan di bahu jalan di Lebuhraya Persekutuan, Nash memberitahu beliau dalam perjalanan ke stesen televisyen, Al Hijrah kerana memenuhi jemputan program yang disiarkan secara langsung.
“Hari sekitar Shah Alam, Federal Highway nak ke KL jamm teruk. Jadi buntu mlm ni ada Live di TV Al Hijrah. Terpaksa call sahabat mintak tolong hantar saya naik motor ke studio untuk Live mlm ni.
“Lembah Klang banjir semua tempat. Pertama kali banjir kilat yg teruk. Allahuakhbar. Doakan yang baik2 untuk semua. Aamiin,” katanya. – Malaysiapost

