Mas Ermieyati minta mangsa banjir lapor keadaan kepada pihak berkuasa

0
1

KETUA Bahagian Bersatu Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin memaklumkan keadaan banjir yang melanda daerah itu agak teruk.

Beliau berkata, pihak Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Masjid Tanah telah menerima aduan berkenaan kejadian bencana banjir.

“Yang mengakibatkan pokok tumbang, ternakan ikan habis dibawa arus air , lembu kambing juga ditenggelami air begitu juga dengan perahu nelayan.

“Kali ini agak teruk yang melibatkan kampung dan juga perumahan penduduk dalam Parlimen Masjid Tanah melibatkan penduduk di DUN Ayer Limau , DUN Taboh Naning dan di Tg Bidara,” katanya menerusi Facebook.

Sehubungan itu, Mas Ermieyati berkata, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Masjid Tanah bersama agensi kerajaan yang lain akan bekerjasama untuk memberi bantuan segera yang boleh disalurkan kepada mangsa yang terlibat.

Beliau juga memohon mangsa banjir untuk melaporkan keadaan mereka kepada pihak polis dan Pusat Pemindahan Banjir yang berdekatan.

“Saya Memahami keadaan yang menimpa, saya harap semua bertabah. InsyaAllah kita cuba ikhtiarkan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here