Mangsa banjir di Klang meningkat lebih 1,000 orang

0
1
grafik

JUMLAH mangsa akibat banjir kilat di beberapa kawasan di daerah Klang meningkat kepada 1,011 orang sehingga jam 7 pagi tadi.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, berkata semua mangsa ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Gong, Masjid As-Islah dan Masjid Al-Ubudiah.

“SK Telok Gong merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 681 mangsa, setakat ini. Kawasan itu paling teruk dilanda banjir kilat.

“256 mangsa ditempatkan di PPS Masjid As-Islah dan 74 lagi di Masjid Al-Ubudiah. Operasi masih dijalankan ketika ini,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Norazam berkata, kawasan lain yang terjejas adalah Pulau Indah, Pandamaran, Bandar Botanik, Telok Gadong, Bandar Sultan Suleiman dan Bukit Tinggi.

Semalam, sebanyak 20 kawasan di Klang dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat berterusan dengan kawasan paling terjejas adalah Telok Gong. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here