Balai Polis Lubok China tenggelam

0
1

HUJAN lebat berterusan sejak petang semalam menyebabkan beberapa daerah Lubok China, termasuk balai polis Melaka ditenggelami air.

Menerusi Facebook Polis Alor Gajah, memaklumkan, banjir kilat itu berlaku disebabkan paras air sungai naik mendadak dan melimpah ke kawasan sekitar.

“Hujan dari petang semalam dan tidak berhenti sehingga ke pagi (ini)menyebabkan paras air sungai naik mendadak dan menyebabkan Balai Polis Lubok China dan pekan tenggelam dengan air banjir.

“Ini merupakan banjir yang terburuk pernah terjadi menyebabkan paras air naik separuh bangunan Balai Polis Lubok China.

“Semoga warga Balai Polis dan masyarakat sekitar dalam keadaan selamat dan dipermudahkan urusan perpindahan ke tempat yang selamat,” katanya.

Selain, Balai Polis Lubok China kawasan lain yang terjejas teruk ialah Pekan Lubok China. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here