Ismail Sabri sebagai calon PM untuk PRU15 – Ahmad Jazlan

0
2
https://www.facebook.com/photo?fbid=473239600830752&set=pcb.473239964164049

UMNO Machang mengusulkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Cadangan usul tersebut dikemukakan dalam Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Machang yang berlangsung hari ini.

Menurut Ketuanya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, cadangan itu rasional selepas Ahli Parlimen Bera itu menunjukkan prestasi cemerlang mentadbir kerajaan ketika ini.

“Selain itu, Umno Machang turut membuat ketetapan untuk mengulangi pendirian dan keputusan Persidangan Agung Umno (PAU) 2020 supaya tidak ada sebarang kerjasama dengan Bersatu dalam PRU-15 nanti,” katanya.

Ahmad Jazlan berkata, Umno Bahagian Machang mencadangkan PRU15 dilaksanakan terlebih dahulu sebelum pemilihan parti dilaksanakan bagi mewujudkan kerajaan yang stabil, menjamin kemakmuran negara serta kesejahteraan rakyat.

Jelas beliau, bagi merealisasikan hasrat itu Umno Machang mencadangkan Perhimpunan Agung Khas diadakan bagi membincangkan perkara tersebut.

“Kita turut menggesa hubungan dua parti besar Melayu, Umno dan PAS melalui Muafakat Nasional (MN) dapat dipertautkan kembali. Kita perlu sedar bahawa kewujudan MN lebih awal berbanding kewujudan Perikatan Nasional (PN),” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata kerajaan perlu mengambil tindakan segera menangani kenaikan dan menstabilkan harga barang barang keperluan ysng jelas membebankan rakyat terutama golongan B40. – Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook/Ahmad Jazlan Yaakub Official

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here