PRESIDEN Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendoakan kesembuhan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), semalam.
Dalam hantaran Facebooknya, Ahmad Zahid berkata, beliau dimaklumkan bekas Perdana Menteri itu dimasukkan ke IJN bagi pemerhatian lanjut.
“Saya dimaklumkan Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN).
“Beliau dimasukkan ke IJN bagi menjalani pemeriksaan kesihatan penuh dan pemerhatian lanjut.
“Saya mendoakan semoga urusan beliau di IJN dipermudahkan dan diberi kesihatan oleh Allah SWT,” katanya.
Sementara itu, Datuk Seri Najib Razak menerusi Facebooknya berharap Dr Mahathir diberi kesembuhan.
“Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberikan kesembuhan,” tulisnya ringkas.

Semalam, media melaporkan, Dr Mahathir dimasukkan ke IJN pada jam 7 malam tadi.
IJN dalam kenyataan menjelaskan, Ahli Parlimen Langkawi itu akan menjalani pemeriksaan kesihatan dan pemantauan selanjutnya.
IJN memaklumkan Dr Mahathir dijangka berada di pusat perubatan itu untuk beberapa hari lagi. – Malaysiapost

