Penunggang motosikal korban pertama banjir di Pahang

0
2

BANJIR di Pahang melaporkan korban pertama melibatkan seorang penunggang motosikal yang ditemui lemas selepas dihanyutkan arus ketika cuba meredah air di Jalan Pulau Manis dekat Gambang, hari ini.

Dalam kejadian tengah hari tadi, M Gunalan, 38, menunggang Honda EX5 melalui jalan tersebut yang digenangi banjir dipercayai untuk pulang ke rumahnya, lapor Kosmo!

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata ketika tiba di lokasi kejadian, terdapat air berarus laju menghalang laluan.

“Namun mangsa meredah air berkenaan sebelum motosikal dinaiki terbalik dan mangsa dihanyutkan arus deras ke kawasan ladang sawit berhampiran,” katanya.

Ismail berkata, bomba menerima panggilan kira-kira jam 12.40 tengah hari sebelum 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taman Tas dikejarkan ke lokasi.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat mangsa dibantu enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Kuantan serta enam anggota Bomba Sukarela Gambang. – Malaysiapost

Kredit foto: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here