Malaysia catat 4,362 kes baharu hari ini

0
1

KES harian Covid-19 masih kekal melebihi angka 4,000 apabila mencatatkan 4,362 kes baharu hari ini.

Semalam Malaysia merekodkan sebanyak 4,262 kes dan 3,900 kes kelmarin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia kini adalah 2,711,764 kes.

“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my.

“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekali gus selepas tengah malam,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here