‘Jangan kecam dia, kecam saya’ – Caprice

0
1

“JANGAN kecam dia, kecam saya. Saya yang ‘berjihad,” rayu penyanyi rap Caprice atau Ariz Ramli.

Rayuan itu dinyatakan Caprice menerusi hantaran Instagram semalam, selepas isterinya Farra Inalis dimasukkan ke hospital.

Menerusi hantaran itu, Caprice yang baharu sebulan mendirikan rumahtangga memaklumkan isterinya pengsan akibat tertekan dengan kecaman netizen.

Dia juga mengakui sejak berkahwin kehidupan isterinya tiada lagi privasi selain berterusan menerima kecaman daripada orang ramai kerana tampil seksi.

“Saya benar-benar menyalahkan diri saya untuk semua ini. Sejak berkahwin, isteri saya hilang privasi dan sentiasa dikecam kerana seksi. Mungkin tekanan bergelar isteri saya menyebabkan dirinya jatuh sakit sehingga rebah,” katanya.

Menerusi hantaran sama, Caprice turut memohon kepada netizen supaya tidak menyerang isterinya sebaliknya meletakkan kesalahan itu ke atas dirinya kerana gagal.

“Jangan kecam dia, kecam saya. Saya yang ‘berjihad’, yang bina aplikasi untuk ummah, berjuang untuk Palestin dan imam bagi rumah tangga. Jika sesiapa yang gagal, itu saya. Lepaskan semuanya pada saya, bukan keluarga saya,” luah Caprice.

Hantaran itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mendoakan agar isteri penyanyi rap itu diberi kesembuhan dan terus kuat berdepan dengan ujian.

Sementara itu, di ruangan komen Caprice turut membalas komen seorang netizen yang menjelaskan isterinya dikecam kerana dirinya.

“Secara jujur, semuanya disebabkan saya, banyak sahaja wanita seksi di TikTok, namun hanya kerana dia berkahwin dengan ‘Tiger of Al-Quds’, dia pula kena macam-macam,” tulisnya.

Bulan lalu, penyanyi berusi 33 tahun itu membuat kejutan apabila berkahwin dengan gadis pilihannya yang dikenali sebagai Farra Inalis, 26.

Berita itu dikongsi Caprice menerusi video mengenakan persalinan sedondon dalam laman Instagram. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here