Bot karam: 3 pesawat udara sertai operasi menyelamat

0
1

TIGA pesawat udara pihak berkuasa digerakkan pada hari ketiga operasi mencari dan menyelamat (Op Carilamat) susulan tragedi bot karam di perairan Tanjung Balau, Kota Tinggi, kelmarin.

Timbalan Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor, Kepten Maritim Simon Templer Lo Ak Tusa, berkata sebuah helikopter AW139 dari agensi itu, sebuah dari Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Manakala, katanya, sebuah lagi helikopter Mi-17 daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) digerakkan bagi pencarian udara untuk mengesan 17 mangsa yang dipercayai masih hilang.

“Sehingga 8 pagi ini, tiada sebarang penemuan baharu ditemui. Penemuan lapan mayat pada hari kedua semalam menjadikan keseluruhan mangsa yang ditemui kekal 19 orang pendatang asing tanpa izin (Pati) maut, 17 masih hilang, manakala 14 orang selamat.

“Sektor pencarian hari ini diperluaskan sehingga 214.8 batu nautika persegi membabitkan Tanjung Balau hingga ke Tanjung Penawar.

“Pencarian di laut pula membabitkan lima aset laut iaitu sebuah kapal APMM iaitu KM Tegas selaku ‘On Scene Coordinator’, sebuah bot Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan dua aset Pasukan Polis Marin (PPM) iaitu sebuah kapal dan sebuah bot,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian pada awal pagi Rabu lalu, bot pancung yang membawa 50 pendatang tanpa izin (PATI) dari Lombok dan transit di Batam, karam dibadai ombak dalam kejadian di perairan Tanjung Balau. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here