ANGGOTA polis trafik yang menembak mati seorang pemandu di Kuching semalam, terpaksa berbuat demikian kerana suspek memegang selaras senjata api.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Zaini berkata sebelum kejadian kira-kira jam 7.20 malam itu, anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching cuba menahan sebuah Proton Saga dengan nombor pendaftaran JBP 6808 yang dipandu dalam keadaan mencurigakan dan berbahaya.
Katanya, kenderaan itu dikesan mencurigakan ketika lima anggota trafik berkenaan menjalanken rondaan dengan kereta peronda di Jalan Wan Alwi.
“Pengadu telah arahkan suspek berhenti untuk diperiksa, namun suspek memecut kenderaannya dan cuba melarikan diri. Apabita sampai di persimpangan lampu isyarat di Jalan Simpang Tiga, kenderaan suspek melanggar lima kenderaan swam.
“Demi menjaga keselamatan dan harta benda awam, pengadu telah melepaskan tiga das tembakan ke arah tayar kenderaan suspek menyebabkan kenderaan itu berhenti.
“Selepas itu, pengadu bersama rakan setugas cuba hampiri kenderaan suspek untuk pemeriksaan dan tiba-tiba terlihat suspek memegang selaras senjata api,” katanya menerusi kenyataan.
Aidi berkata untuk mempertahankan diri, pengadu melepaskan dua das tembakan ke arah suspek menyebabkannya meninggal dunia di tempat kejadian.
Susulan itu katanya, polis merampas selaras senapang patah dan beberapa butir peluru hidup dari dalam kenderaan suspek.
“Semakan mendapati suspek mempunyai 14 rekod jenayah seperti curi kenderaan, penipuan dan penyalahgunaan dadah.
“Bedah siasat akan dilakukan di Hospital Umum Sarawak hari ini untuk mengetahul punca kematian si mati,” katanya.
Beliau menegaskan polis akan menjalankan siasatan yang telus dan menyeluruh menasihatkan orang awam tidak membuat spekulasi agar tidak menjejaskan siasatan dan demi menghormati keluarga si mati.
Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen &{a) Akta Senjatapi 1960. – Malaysiapost

