7 warga Myanmar cuba masuk Malaysia guna laluan balak

0
1

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) menerusi Briged Keenam Infantri Malaysia menahan tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI) yang cuba masuk ke Malaysia melalui sempadan Thailand menggunakan laluan tidak sah, semalam.

Tujuh PATI melibatkan tiga lelaki dan empat wanita itu ditahan di laluan balak di sektor OP BENTENG yang menjadi kawasan tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia, kira-kira jam 1.25 tengah hari semalam.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) menerusi kenyataan memaklumkan sub unit yang melakukan rondaan di laluan balak di kawasan sempadan itu bertembung dengan kesemua PATI tersebut yang berjalan di atas laluan denai bukit.

“Kumpulan ronda kemudian melakukan pemeriksaan dan mendapati mereka tidak memiliki kad pengenalan dan disyaki PATI.

“Susulan itu, anggota rondaan menahan kesemua mereka dan dibawa ke Kem Sahara untuk siasatan awal.

“Hasil siasatan mendapati, mereka merupakan PATI warga Myanmar berusia 17 hingga 39 tahun cuba memasuki Malaysia melalui sempadan Thailand menggunakan laluan tidak sah,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, nilai keseluruhan rampasan dianggar RM3,237.06 melibatkan matawang Malaysia, Myanmar dan Thailand, selain telefon bimbit dan barang kemas.

“Kesemua PATI dibawa ke Balai Polis Kuala Nerang untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – Malaysiapost

Photo from FoCus ComMitTed WilL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here