KPLB anjur program ‘outreach’ keusahawan, pendidikan di Kedah

0
1
{"source":"other","uid":"3F5F2710-B87A-4FF5-86BA-45E10FB6FDE2_1638086541571","origin":"gallery","fte_sources":[],"used_premium_tools":false,"used_sources":"{"version":1,"sources":[]}","premium_sources":[],"is_remix":false}

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan menganjurkan Program ‘Outreach Keusahawanan dan Pendidikan KPLB @Padang Terap’ di Pusat Komuniti Padang Kerasak, Naka, Kedah, Sabtu ini.

KPLB dalam kenyataan, berkata program berkenaan merupakan platform untuk mempromosikan kemudahan serta insentif merangkumi pendidikan dan keusahawan yang disediakan agensi terlibat.

Antaranya, Kementerian dan Agensi seperti Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), MARA, Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), FELCRA Berhad dan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA).

“Justeru, bagi usahawan luar bandar yang ingin meluaskan jangkauan perniagaan, KPLB dan agensi turut menawarkan platform akses pasaran produk dan perkhidmatan usahawan luar bandar kepada pemborong, pengedar dan pembeli selain meningkatkan daya saing dan kebolehpasaran produk luar bandar serta meneroka peluang baharu.

“Selain itu, servis motosikal percuma (sehingga 200 motosikal) turut diadakan oleh GiatMARA serta perkhidmatan gunting rambut dan solekan, dandanan dan hiasan kuku oleh GiatMARA dan KEMAS,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, KPLB berkata, bagi lepasan pelajar sekolah dan belia yang ingin menyambung pengajian, sesi penerangan dan pendaftaran oleh institusi di bawah agensi seperti Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), Institut Kemahiran MARA (IKM), GiatMARA, Kolej FELCRA, Kolej KEDA dan Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM) turut dibuka.

“Program dibuka kepada orang ramai bermula jam 10 pagi sehingga 5 petang,” katanya. – Malaysiapost

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan menganjurkan Program ‘Outreach Keusahawanan dan Pendidikan KPLB @Padang Terap’ di Pusat Komuniti Padang Kerasak, Naka, Kedah, Sabtu ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here