Pindaan MA63 diluluskan

0
1
dewan rakyat

RANG Undang-Undang Pindaan Perlembagaan Persekutuan membabitkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) diluluskan selepas mendapat sokongan majoriti dua pertiga Ahli Parlimen di Dewan Rakyat, hari ini.

Keputusan kelulusan pindaan itu diumumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun.

Sokongan majoriti dua pertiga itu diperoleh menerusi dua kali undi berbelah bahagi, masing-masing pada bacaan kali kedua dan ketiga, seperti ditetapkan Perkara 159 Perlembagaan.

Pada bacaan kedua, pindaan RUU ini mendapat 200 undi, tiada ahli yang tidak bersetuju manakala 20 Ahli Parlimen tidak hadir.

Bagi bacaan ketiga, sebanyak 199 undi yang menyokong manakala tiada ahli yang tidak bersetuju manakala 21 Ahli Parlimen tidak hadir ketika kiraan undi dijalankan.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang membentangkan pindaan RUU itu berkata, pindaan Perlembagaan itu bertujuan mengukuhkan kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here