Isteri, 2 anak MB Selangor positif Covid-19

0
1
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=448595166625840&set=pb.100044260817730.-2207520000..&type=3

MENTERI Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, memaklumkan isterinya, Masdiana Muhamad serta dua anak mereka disahkan positif Covid-19 semalam

Bagaimanapun, beliau didapati negatif wabak itu, namun tetap menjalani kuarantin kendiri sementara menunggu keputusan ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) untuk kali kedua.

“Alhamdulillah melalui keputusan PCR yang telah saya jalani, saya disahkan negatif.

“Namun, saya akan terus menjalani kuarantin kendiri sementara menanti keputusan PCR kedua pada hari Khamis nanti dan akan memaklumkan perkembangannya kelak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, beliau turut memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berkemungkinan timbul hasil perkembangan berkenaan dan memohon orang ramai mendoakan kesihatan serta kekuatan untuk keluarganya. – Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here