M Nasir positif Covid-19

0
1

Penyanyi dan komposer terkenal, Datuk M Nasir disahkan positif Covid-19 sejak semalam dan kini menjalani kuarantin kendiri di rumah.

Berita tersebut disahkan isterinya, Datin Marlia Musa yang berkata keadaan kesihatan pelantun lagu Mentera Semerah Padi itu dalam keadaan stabil.

“Benar, dia (M Nasir) positif Covid-19 dan sekarang sedang berehat dan menjalani kuarantin di rumah.

“Simptom yang dialaminya sekarang hanya batuk sahaja. Mohon semua doakan agar dia segera sembuh,” katanya seperti dilaporkan Kosmo Online.

Menurut Marlia, 53, hanya suaminya seorang sahaja yang disahkan positif buat masa sekarang.

“Saya, anak-anak serta orang gaji, status kami semua negatif buat masa sekarang,” katanya.

Baru sahaja melakukan persembahan pentas pada Malam Kemuncak Festival Filem Malaysia ke-31 Jumaat lalu, Marlia mendedahkan, waktu itu, status suaminya negatif.

“Ya, Jumaat kami buat ujian kendiri. Jadi, Datuk (M Nasir) pergi FFM31 dengan bacaan ujian yang waktu itu negatif. Ahad (semalam) baru dia positif,” katanya lagi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here