78.1% populasi keseluruhan di Malaysia lengkap vaksin Covid-19

0
1
Kelihatan orang ramai beratur menunggu giliran untuk mengeluarkan Bantuan Khas Covid-19 (BKC) di Bank Simpanan Nasional sekitar Kuala Lumpur ketika tinjauan Malaysiapost hari ini. Kerajaan mempercepatkan bayaran BKC mulai semalam dan melegakan penerima-penerima yang menanti bantuan yang telah dijanjikan kepada semua pihak yang terkesan.

SERAMAI 25.49 juta individu atau 78.1 peratus daripada populasi keseluruhan di negara ini telah lengkap dua dos suntikan vaksin Covid-19.

Berdasarkan data portal COVIDNOW, 79.4 peratus atau 25.92 juta daripada populasi keseluruhan telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Sebanyak 22.77 juta individu atau 97.3 peratus daripada populasi dewasa telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19.

Manakala, 98.7 peratus atau 23.09 juta daripada populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi remaja pula, seramai 2.72 juta individu atau 86.5peratus telah melengkapkan dua dos.

Terdapat pertambahan 67,376 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi, serta sebanyak 63,889 bagi dos penggalak.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah 54.89 juta dos. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here