‘Track record’ negeri-negeri ditadbir PAS jadi sandaran tarik sokongan

0
2

PAS akan berusaha untuk memasarkan prinsip, dasar dan tawaran baharu kepada rakyat khususnya pengundi-pengundi muda.

Perkara itu ditegaskan Ketua Penerangan PAS, Senator Khairil Nizam Khiruddin ketika menjelaskan misinya dan pasukan penerangan PAS Pusat.

Beliau berkata ini kerana golongan muda dan generasi undi-18 akan menjadi “game changer” dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15( akan datang.

“Kami akan fokus untuk memasarkan “track record” pencapaian PAS di negeri-negeri yang PAS mentadbir seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah.

“Saya yakin, PAS dengan kekuatannya yang bersih daripada kes rasuah bakal menjadi pilihan kepada rakyat dengan kekuatan nilai integriti dan kompetensi yang tinggi. InsyaAllah, doakan kami,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here