Salah ke saya jumpa pelabur asing? – Najib

0
1

DATUK Seri Najib Razak menempelak pihak yang sengaja menjadikan isu susulan pertemuannya dengan ahli perniagaan Singapura, Sam Goi ketika berada di negara jiran itu baru-baru ini.

“Ini pun jadi isu? Takkan saya bersama cucu 24 jam setiap hari selama tempoh enam hari saya berada di Singapura?

“Individu dalam gambar ini ialah Encik Sam Goi yang juga terkenal sebagai “Popiah King” Singapura.

“Encik Sam kini berada di tempat ke-23 dalam senarai Forbes paling kaya di Singapura dengan kekayaan US$1.7 bilion,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.
Bekas Perdana Menteri itu mengulas hantaran bergambar dimuatnaik di Facebook Zunar Cartoonists Fan Club, antara lain memaparkan gambar beliau bersama Sam bermain golf serta bersama kereta mewah Roll-Royce.

“Ya, kereta Rolls-Royce itu adalah miliknya. Dia juga telah melabur di Malaysia dan kini memiliki projek Resort Sutera Harbour di Sabah.

“Encik Sam kata dia adalah peminat dasar-dasar ekonomi dan pembangunan saya semasa saya PM dan minta untuk diperkenalkan dengan saya.

“Masa kita bertemu, dia banyak meminta pandangan saya tentang hala tuju pembangunan dan ekonomi negara sebab dia ingin lebih melabur di Malaysia,” katanya lagi.

Sehubungan itu Najib berkata adakah salah beliau meluangkan masa peribadi saya untuk memberi pandangannya kepada pelabur asing yang ingin melabur ke Malaysia biarpun bukan lagi Perdana Menteri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here