Polis KL peroleh RM4.06 juta dalam 3 hari

0
1

SEBANYAK RM4.06 juta daripada 82,230 saman berjaya dikutip oleh Polis Kontinjen Kuala Lumpur menerusi tawaran diskaun 80 peratus yang dilancarkan sejak tiga hari lalu. 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, purata lebih RM1.36 juta dikutip sehari menerusi pembayaran saman di kaunter.

Katanya ia melibatkan JSPT KL, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Brickfields, Sentul dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wangsa Maju. 

Beliau berkata, JSPT KL merekodkan kutipan berjumlah RM971,360 daripada 20,855 saman yang dilangsaikan, manakala IPD Dang Wangi meraih RM148,670 daripada pembayaran 3,135 saman.

“IPD Brickfields pula merekodkan 1,261 saman dengan nilai kutipan bayaran RM57,620 sementara 2,919 saman dibayar di IPD Sentul dengan kutipan RM145,700.

“Kaunter JPJ Wangsa Maju pula merekodkan pembayaran 984 saman dengan nilai kutipan bayaran sebanyak RM48,730,” katanya dipetik Harian Metro. 

Sehubungan itu, Sarifudin berharap orang ramai tidak melepaskan tawaran diskaun saman 80 peratus yang akan tamat hari ini.

Polis menawarkan diskaun saman trafik 80 peratus selama empat hari sejak Khamis lalu sempena 100 hari Aspirasi Keluarga Malaysia. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here