Bayi lima bulan antara korban terbaharu Covid-19 di Sarawak

0
1
Kit ujian kendiri Covid-19 dinamakan Salixium Covid-19 Rapid Antigen Rapid Test (Saliva/Nasal Swab Samples) yang dibuat Reszon Diagnostic International Sdn Bhd Malaysia dan Gmate Covid-19 Ag Saliva For Home Use oleh Philosys Co Ltd, Korea dijual di sebuah farmasi Selayang ketika tinjauan Malaysiapost hari ini.

SEORANG bayi lelaki berumur lima bulan antara tiga korban baharu akibat Covid-19 yang dilaporkan di Sarawak antara 7 hingga 10 Disember 2021. 

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan memaklumkan siasatan mendapati bayi dari Limbang itu mendapati tiada sejarah penyakit diketahui. 

Pada masa sama menurutnya, dua lagi kematian turut dilaporkan di bahagian Limbang iaitu wanita dan lelaki masing-masing berumur 73 dan 81 tahun. 

“Kedua-dua mangsa mempunyai latar belakang penyakit kronik,” kata kenyataan itu semalam. 

Sementara itu Sarawak melaporkan 74 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 251,642 kes. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here