KES harian Covid-19 turun ke bawah angka 4,000 kes hari ini apabila mencatatkan 3,490 kes baharu.
Ia adalah kes terendah dicatatkan negara sejak lebih enam bulan lalu.
Angka itu terus menunjuk penurunan apabila tiga hari berturut-turut bermula 8 Disember lalu kes baharu Covid-19 mencatat angka melebihi 5,000 dan 4,626 kes semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata angka itu sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kini mencecah 2,691,639 kes.
“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my.
“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini. – Malaysiapost

