Syed Saddiq beri bantuan tenaga, tolong mangsa banjir di Muar bersih rumah  

0
1

AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ‘menyingsing lengan’ membantu membersihkan rumah mangsa banjir di Parlimen itu.

Menerusi hantaran Facebooknya, Syed Saddiq berkata, beliau hanya dapat memberi bantuan tenaga membantu mangsa banjir kerana Parlimen itu tidak mendapat sebarang peruntukan dari Kerajaan.

“Muar banjir lagi! Saya dan MUDA Muar turun bantu bersihkan rumah mangsa banjir. 

“Sofa, mesin basuh, perabot, buku sekolah semua dah kena lumpur dan rosak. 

“Peruntukan Parlimen tak ada, jadi kita sental dulu lumpur sampai rumah bersih!,” tulisnya dalam hantaran itu.

Sebelum ini, bekas Menteri Belia dan Sukan itu meluahkan rasa kecewanya kerana tidak mendapat sesen pun peruntukan khas daripada kerajaan untuk Parlimen Muar.

Syed Saddiq mendedahkan, beliau langsung tidak mendapat bantuan daripada kerajaan ketika banjir melanda  kawasannya.

“Situasi banjir di Muar sangat mencemaskan, kerana taburan hujan tinggi, longkang-longkang tidak digali, bantuan kerajaan tidak begitu cepat, kerisauan saya sampai dua minggu lepas, banjir begitu teruk, sampai saya terpaksa menempatkan dua buah keluarga di rumah saya sendiri di Muar.

“Saya kongsikan pengalaman perit ini kerana sebelum ini, semua Ahli Parlimen lain sudah dapat peruntukan khas kerajaan. 

“Ahli Parlimen Pakatan Harapan, dalam tempoh terdekat dapat kira-kira RM600,000 dalam tempoh tiga bulan sahaja,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here