‘Rakyat letak harapan tinggi terhadap kerajaan ini’ – PM

0
1

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau menyedari bahawa rakyat meletakkan harapan yang tinggi terhadap kerajaannya.

Sehubungan itu, Ismail Sabri berkata, beliau memuktamadkan Aspirasi Keluarga Malaysia 100 Hari pada 24 September 2021 lalu.

Katanya, pencapaian diukur berdasarkan Perkhidmatan Teras Kementerian (50%), Penilaian Prestasi Menteri (25%) dan Persepsi Awam (25%) terhadap Menteri dan Kementerian.

“Saya tidak dapat menyebut Aspirasi 100 hari kesemua kementerian satu persatu, namun rakyat boleh meneliti pencapaian mereka melalui program ‘Aspirasi Keluarga Malaysia 100 Hari’ yang berlangsung pada 9 sehingga 12 Disember (esok).

“Ambillah peluang ini untuk melihat sendiri program yang disediakan, termasuk program Bantuan Aspirasi Kerajaan, pameran peluang kerjaya, kaunter perkhidmatan kerajaan dan banyak lagi program yang dibentuk khusus untuk Keluarga Malaysia,” katanya menerusi Facebook.

Menurut, Ismail Sabri, Keluarga Malaysia ialah tanggungjawab bersama dan kita tetap bermuafakat dalam apa jua keadaan.

“Ini kerana aspirasi dan matlamat kita ialah inspirasi kita bersama, ibarat kata pujangga ‘Banyak perkara boleh mengubah kita tetapi kita bermula dan berakhir dengan institusi keluarga’,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here