KKM kesan 298 kes baharu varian membimbangkan– Noor Hisham

0
1
dr noor hisham

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 298 kes baharu varian Covid-19 dilaporkan daripada 19 November sehingga 8 Disember lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Institut Penyelidikan Perubatan telah mengenal pasti 115 kes baharu membabitkan varian membimbangkan (VOC)

Menurutnya, daripada jumlah itu, 108 adalah varian Delta manakala enam varian Beta.

Menurutnya, Fakult Perubatan Universiti Malaya pula telah mengesan 109 varian Delta dan satu Omicron.

“Selain itu, Integrative Pharmacogenomics Institute (iPROMISE) juga telah mengenal pasti sebanyak 44 kes baharu varian Delta.

“Di samping itu, Tropical Infectious Diseases Research & Education Centre (TIDREC) juga telah mengenalpasti 17 kes baharu VOC.

“Sebanyak 12 kws varian Delta dan satu Beta dikesan Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kes dijangkiti Covid-19 yang dikategorikan sebagai VOC dan varian perlu mendapat perhatian (VOI) adalah sebanyak 4,990 kes.

Katanya, daripada jumlah yang dikesan tersebut, 4,970 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here