‘Senjata api biasa je di Favela’ – Ebit Lew

0
1

MENERUSKAN misi kemanusian di Brazil, pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew mengunjungi kawasan Favela di Rio De Janeiro, sebuah kawasan setinggan yang bahaya dan senjata api adalah ‘permainan’ di kawasan itu.

Menerusi hantaran terbaharunya di Facebook, Ebit menjelaskan kawasan itu sememangnya tiada siapa berani masuk kerana sememangnya berbahaya.

“Fast Furious. Ingat cerita je. Rupanya di Rio ni memang kawasan Favela setinggan memang gaya hidup mereka macam ni. Senjata api ni biasa je di kawasan Favela. Tiada orang berani masuk. Memang bahaya. Masa turun misi dan lawatan terjumpa secara tak sengaja dengan anak muda ni semua di jalanan. Mereka ajak ambil gambar.

“Macam biasa janggut dan kopiah atau jubah mesti mereka akan hairan. Semua hairan. Dekat sini sepanjang saya jalan orang pandang. Di Rio ada 1 Masjid An Nur. Saya berkongsi sebab apa simpan janggut dan kopiah. Begitulah kadang masa makan orang tanya kenapa makan pakai tangan. Saya ceritalah tentang kasih sayang Allah dan Sunnah Nabi SAW,” tulisnya dalam hantaran itu.

Menurut Ebit Lew, walaupun mangakui seram melihat masyarakat di situ, namun berkat sunnah dan niat membantu orang susah mereka sambut baik kedatangannya.

“Walau seram, berkata sunnah dan niat membantu orang susah, mereka menyambut dengan sangat baik.

“Ramai juga yang tiada agama berminat dan tanya pasal Islam. Kita hormati setiap agama dan bangsa. Kita sebuah keluarga. Saya ceritakan tentang Nabi SAW. Tadi seram. Mereka kata Malaysian Good. Tu jer mereka ulang-ulang.

“Nampak pada sebahagian wajah mereka nak belajar jadi baik dan berubah. Kita tak datang dalam dunia.

“Allah hantar kita untuk seluruh umat seluruh alam. Doakan jadi asbab kebaikan,” katanya.

Dalam hantaran sama, Ebit turut memuat naik gambar bersama dengan ‘penjaga’ di kawasan berkenaan yang turut memegang senjata api. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here