Covid-19: 5,058 kes direkodkan hari ini

0
1
Dianggarkan seramai 2000 pesakit positif Covid-19 hadir ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Melawati Shah Alam hari ini.

JUMLAH kes harian Covid-19 kekal mencatat angka melebihi 5,000 selama tiga hari berturut-turut dengan 5,058 kes dilaporkan hari ini.

Bagaimanapun, jumlah kes baharu berkenaan menurun sebanyak 388 kes berbanding 5,446 kes yang dilaporkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my.

“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Kes Covid-19 di Malaysia menunjukkan trend peningkatan sejak Isnin lalu dengan 4,298 kes dan kini mencatatkan lebih 5,000 kes sehari tiga hari berturut-turut. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here