Permohonan nikah anak, bongkar status ibu bapa bersedudukan

0
1
National wedding. Bride and groom. Wedding muslim couple during the marriage ceremony. Muslim marriage

LULUH hati seorang anak apabila mengetahui dirinya berstatus anak tidak sah taraf selepas permohonan untuk bernikah membongkar hubungan ibu bapanya yang bersedudukan tanpa nikah sehingga melahirkan tujuh anak.

Perkongsian hantaran seorang jurunikah muda di aplikasi Tiktok @Tokadi Hipster, menceritakan pengalamannya berurusan dengan kes keluarga tersebut.

Menurutnya, seorang anak yang ingin membuat permohonan untuk bernikah mempunyai masalah selepas ibu bapanya tidak mempunyai surat nikah yang sah, dan hanya mempunyai surat akuan bersumpah.

Namun begitu, persoalan daripada masalah itu membongkar pengakuan mengejutkan bahawa sebenarnya ibu dan bapa anak tersebut selama ini tidak pernah bernikah.

“Tuan dan puan dulu nikah di mana? Siapa wali? Surat nikah mana? Tolong jujur dengan saya jangan menipu. Saya nak bantu anak nikah ni.

“Nak tentukan nasab ini susah sebab dia melibatkan hukum nikah anak ini. Kalau menggunakan wali yang salah, nikah anak tak sah. Nak tanggung dosa? soalnya kepada ibu dan bapa anak itu.

Jawapan yang diterimanya ternyata mengejutkan apabila pasangan itu memberitahu tidak pernah bernikah sebelum ini.

“Kami bersedudukan sahaja. Sekarang kami ada tujuh anak,” jawab pasangan itu.

Mengakui terkilan dengan jawapan tersebut, jurunikah muda itu memberitahu anak pasangan tersebut terpaksa bernikah menggunakan wali hakim kerana berstatus anak tidak sah taraf.

Tambahnya, ibu bapa kepada anak itu juga perlu bernikah sebagai pasangan yang sah.

Menerusi ruangan komen, terdapat beberapa perkongsian berhadapan dengan situasi yang sama melibatkan pasangan yang bersedudukan sehingga mendapat anak.

“Bukan tidak ada ya. Saya sudah pernah berhadapan juga dengan ibu yang melahirkan anak ke lima, umur dah 44 tahun dan tidak pernah bernikah.”

“Saya pun ada kenal satu keluarga yang macam ini. Sampai sekarang bersedudukan hingga anak sudah tiga orang, masih tidak nikah. Macam tidak percaya tapi sebenarnya wujud,”

“Saya pernah jumpa. Muslim bersedudukan dengan bukan muslim sampai lima anak. Sedih nasib anak-anak.” – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here