Pendidikan Islam kepada anak-anak istimewa, komuniti OKU diperkasa

0
1

KERAJAAN bersama pihak berkepentingan lain akan mengambil langkah proaktif bagi memperkasakan pendidikan Islam kepada anak-anak istimewa dan komuniti orang kurang upaya (OKU).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad berkata usaha itu telah dibincangkan beliau secara hati ke hati dengan beberapa pihak semalam.

“Anak-anak istimewa dan komuniti OKU jiwanya bersih, perlu sentiasa dibimbing secara berterusan. Mari kita lakukan bersama.

“Adalah menjadi harapan kita semua anak-anak istimewa dan komuniti OKU dapat mempelajari ilmu-ilmu asas agama sekadar kemampuan mereka.

“Tentunya Al-Quran dan pendidikan agama menjadi kekuatan dalaman. Saya bersama JAKIM dan agensi Islam akan terus berusaha menjaga maslahah anak-anak istimewa dan komuniti OKU,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Terdahulu beliau bertemu Pengarah Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Akhyairee Md Raus dan Profesor di Fakulti Pengajian Al-Quran dan Sunnah USIM, Prof Dr Adnan Mohamed Yusoff.

Turut serta ialah Pengerusi Yayasan Pendidikan Al-Quran untuk Anak Istimewa (Faqeh), Dr Syar Meeze Mohd Rashid.

Idris berkata, Yayasan Faqeh bersama USIM akan menganjurkan Hari OKU Berdoa 2021 “Harapan Subur Kembali” pada jam 9 malam, Sabtu ini.

“Semoga majlis ini akan berjalan lancar,” katanya lagi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here