Kes harian kembali catat peningkatan

0
1

JUMLAH kes harian Covid-19 meningkat sebanyak 426 kes dengan jumlah kes baharu yang dilaporkan hari ini adalah 5,446 kes berbanding 5,020 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah itu menjadikan keseluruhan kes sejak wabak berkenaan melanda negara adalah 2,678,465 kes.

“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my.

“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Kes Covid-19 di Malaysia menunjukkan trend peningkatan sejak Isnin lalu dengan 4,298 kes dan kini mencatatkan lebih 5,000 kes sehari dua hari berturut-turut. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here