Ebit terharu Polis Brazil permudah misi bantuan

0
1

PENDAKWAH Ebit Lew menzahirkan rasa terharu atas bantuan Polis Brazil yang menjayakan misi kemanusiaan oleh pasukannya di Rio De Janeiro sejak beberapa hari lalu.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Ebit berkata anggota polis di ibu negara Brazil itu bukan sahaja membantu memudahkan urusan mereka, malah sangat mesra.

“Terharu sangat Polis Brazil di Rio De Janeiro bantu misi saya di sini. Mereka jenis mesra dan baik. Banyak berbual dan bercerita tentang keadaan di Brazil.

“Mereka siap cakap terima kasih kerana berbuat baik disini. Katanya bila-bila sahaja memerlukan bantuan mereka sedia membantu,” katanya.

Ebit menambah walaupun salah satu lokasi yang disinggah pasukannya adalah kawasan panas, namun misi mereka dipermudahkan dengan bantuan Polis Brazil.

“Di sini kawasan panas. Pavela Rio. Senang berkongsi dan berbual sebab semua orang akan tegur saya dulu. Mereka kata awak orang Islam yang baik. Semoga menjadi asbab kebaikan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here