GAMBAR pernikahan seorang lelaki bersama dua wanita serentak menarik perhatian netizen malah ramai yang ‘mencemburui’ harmoni yang ditampilkan ketiga-tiga mempelai itu.
Perkongsian jurugambar Mohamad Muhidin, yang berasal dari Sarawak tampil menjelaskan situasi sebenar bahawa pengantin lelaki bukan berkahwin dengan dua wanita sekali gus tetapi isteri pertama turut memakai persalinan pengantin.
“Caption admin ini salah ya,” tulisnya.
Beberapa keping gambar gambar memaparkan detik-detik bersejarah buat ketiga-tiga mempelai itu tular di media sosial dan di kongsi laman Santai Media.
“Dua hati satu jiwa. Tahniah bang. Kami doakan abang kekal bahagia hingga ke jannah. Sekali akad dua orang terus. “
“Ramai lelaki yang idamkan macam ni bang,” tulis laman itu.
Semakan di laman Facebook rata-rata orang ramai mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin dan mendoakan kesejahteraan perkahwinan mereka.
Terdapat juga komen-komen yang berkata wajah isteri pertama seakan-akan sedih semasa duduk di sebelah madunya menyaksikan sesi akad nikah suaminya itu. – Malaysiapost

