4-0 keputusan sekarang – Fizz Fairuz

0
1

PELAKON, Datuk Fizz Fairuz berkongsi khabar gembira apabila isterinya, Datin Almy Nadia selamat melahirkan anak perempuan keempat mereka pada 3.49 pagi, semalam di sebuah hospital swasta di ibu negara.

Fizz atau nama sebenarnya, Fairuz Zainal Abidin, 40, berkata anaknya dilahirkan secara normal dengan berat 2.76 kilogram dan beliau menemani isterinya sehingga selamat melahirkan anak bongsu mereka itu.

“Alhamdulilahhhh…Isteri saya selamat bersalin pada pukul 3.49 pagi.Terima kasih kepada semua yang mendoakan..Amin..4-0 keputusan sekarang,” katanya dalam satu hantaran di Instagram.

Beliau turut berkongsi video ketika isterinya dalam proses melahirkan anak.

“Bloopers sikit sebelum bersalin semalam.. hehehe.. korang kena tengok ‘part last’ hahahaha… sakit dooooo.. hahahaha..kenangan semua ni, masa nk bersalin je dapat moment mcm ni hehehe,” katanya.

Sementara itu, Almy atau nama sebenarnya Ungku Almy Nadia Aminuddin Shah, 35, dalam satu hantaran di Instagramnya pula memberitahu, anak keempatnya itu dilahirkan seminggu lebih awal daripada jangkaan.

“Syukur Alhamdulillah kami (saya) dah pun bersalin anak keempat pagi tadi (semalam).

“Baby keluar seminggu awal dari due date dia.. sepatutnya 38 minggu baru keluar tapi baby nak keluar pada 37 minggu .. gender hampa tau dah kot kan,” katanya.

Pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014 dan dikurniakan tiga cahaya perempuan iaitu, Nur Afrina Arianna, 6, Nur Afrina Aurora, 5, dan Nur Afrina Ayra, 3, serta seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 12. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here