PDRM tawar diskaun kompaun sehingga 80 peratus

0
1
Lebuhraya Persekituan kelihatan sesak disebabkan anggota-anggota PDRM memeriksa dokumen kebenaran daerah atau negeri pemandu kenderaan pada sekatan jalan raya di Lebuhraya Persekutuan menghala ke pusat bandar ketika tinjauan hari ini.

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan pengurangan kompaun saman terpilih sehingga 80 peratus dengan had minimum RM30 bermula 9 hingga 12 Disember ini.

Ia sempena 100 Hwri Aspirasi Keluarga Malaysia yang akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, esok.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Wira Mat Kasim Karim berkata semua pembayaran kompaun boleh dibuat di kaunter PDRM di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Selain itu katanya, bayaran boleh dijelaskan di kaunter bayaran saman trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan Kontinjen serta portal dan aplikasi MyBayar Saman sepanjang tempoh empat hari tersebut.

“Pengurangan kompaun tidak ditawarkan bagi kesalahan kemalangan, memotong secara merbahaya, menggunakan lorong kecemasan, tidak mematuhi isyarat lampu merah dan memotong di garisan berkembar.

“Selain itu kesalahan yang boleh dikategori tidak boleh dikompaun (NC), kesalahan berstatus perbicaraan, kesalahan berkaitan kenderaan berat dan pengubahsuaian eksoz,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mat Kasim berkata orang ramai digesa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam mengawal penularan Covid-19 ketika berurusan di kaunter bayaran fizikal.

Pada masa sama beliau menggalakkan orang ramai membuat pembayaran secara dalam talian. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here