PRN Sarawak: Bukan satu, tapi empat ahli Bersatu bertanding bebas

0
1

TIGA lagi ahli Bersatu disahkan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 sekali gus menjadikan empat keseluruhannya.

Menurut Utusan Malaysia, Ketua Bersatu Hulu Rajang, Siki Balarik; Ketua Bersatu Kota Samarahan, Ismawi Muhammad; dan aktivis Bersatu Sibu, Ricky Enteri masing-masing bertanding sebagai calon bebas.

Ketiga-tiga mengikut langkah Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Ali Biju yang bertanding mempertahankan kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian yang dimenanginya pada PRN lalu.

Semalam, adalah hari penamaan calon bagi PRN Sarawak yang menyaksikan Siki bertanding di DUN Belaga, Ricky di DUN Bawang Assan dan Ismawi di Muara Tuang.

Terdahulu, Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan menjelaskan perlembagaan Bersatu jelas menetapkan mana-mana ahli yang bertanding tanpa kebenaran parti akan berdepan tindakan disiplin termasuk boleh terhenti keahlian serta-merta.

Beliau berkata, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini membuat pengumuman rasmi bahawa parti itu tidak akan bertanding PRN Sarawak dan akan membantu memastikan kemenangan Gabungan Parti Sarawak (GPS). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here