Harga barang turun tidak lama lagi

0
1

RAKYAT diminta bersabar kerana harga barang akan turun tidak lama lagi kerana kerajaan telah melakukan pelbagai usaha bagi menstabilkan harga barang termasuk sayur dan ayam yang sudah mulai membuahkan hasil.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, kerajaan memberi jaminan harga barangan yang sebelum ini naik mendadak akan kembali turun seperti sediakala.

“Insya-Allah bekalan makanan ini apabila diimport nanti, diberikan subsidi, harap rakyat bersabar. Penurunan harga sayur dan ayam di pasaran ketika ini hasil tindakan kerajaan meluluskan peruntukan agak besar.

“Akan berlaku penurunan harga barang dari semasa ke semasa bermula sekarang. Harap rakyat memahami isu ini, kerana ia isu antarabangsa,” katanya dipetik Malaysiagazette, hari ini.

Jelas Nik Muhammad Zawawi kadar kenaikan harga barang di negara ini tidak setinggi  seperti di sesetengah negara Asia Barat yang mengalami kenaikan sehingga tiga kali ganda. – Malaysiap

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here