Ahmad Fadhli ditegur supaya belajar hormati Umno

0
1

KETUA Pemuda PAS yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari ditegur agar belajar menghormati pendirian Umno berhubung kerjasama dengan Bersatu.

Teguran itu disuarakan oleh Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah yang menegaskan, keputusan Umno menolak Bersatu adalah pendirian parti yang telah diputuskan di dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020.

Shamsul yang juga Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN) secara sinis berkata, Ahmad Fadhli tidak perlu susah hati hingga meminta Umno belajar menerima parti serpihan itu.

“Namun susah hati benar Ketua Pemuda PAS ni. Sampai minta Umno belajar menerima Bersatu.

“Sekarang ni kita nak beritahu dia belajarlah hormati Umno. Itu sahaja,” tegas dalam satu hantaran di Facebook.

Terdahulu, Ahmad Fadhli dilaporkan menyeru Umno supaya belajar menerima Bersatu dan tidak sepatutnya menggunakan alasan menolak parti itu kerana pernah berada di dalam Pakatan Harapan (PH).

PAU 2020 pada Mac lalu, meluluskan usul supaya tiada kerjasama dengan Bersatu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang merupakan suara akar umbi.

Umno juga menegaskan untuk menolak pembentukan gabungan politik Perikatan Nasional (PN) dalam PRU-15, sekali gus kekal teguh memperkasa BN. – Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook/Ahmad Fadhli bin Shaari

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here